Jantung Pisang Goreng Pedas

Kembali bersiaran di dapo setelah bercuti hahhaha
Ni adalah menu semalam yek
Memandangkan jantung pisang ada 2 bijik
Kena la jadikan lauk
Nak buat kerabu jantung, ikan kembung lak xde
So buat la Jantung Pisang Goreng Pedas
Pastu buat sekali ayam masak kicap
Nyummmnyummmm


Resepi Jantung Pisang Goreng Pedas
Bahan-Bahan
  • 1 biji jantung pisang (tatau le brand ape kat qatar ni ) hiris dan rendam dengan garam
  • 1 kiub ikan bilis @ 1 genggam ikan bilis (tumbuk)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu cili kisar (stok sedia ada cili kering,bawang besar, halia, bawang putih, kunyit hidup & belacan)
  • 1 biji cili merah hiris
  • cili padi hiris nak pedas tambah le ikut suka

Caranya
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar, dan bahan hiris hingga harum, masukkan sos tiram dan kiub ikan bilis kacau rata. Tuang air asam jawa. Masukkan jantung dalam kuali. Kacau rata.
  • Kacau dan masak hingga jantung pisang lembut, masak dengan api perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, masak sekejap dan angkat. Hidangkan segera.

8 Gtau jek:

Zasillah Ariffin said...

dap dap linggg

ADEEYA said...

Emm sedapnyaaaaaa :D

Lelord said...

@Shiela Latif sedapp darling selaku juri tetap pun kata sedap hehhehe kembang kuncup hidung aku ms dia puji

Lelord said...

@ADEEYA nommm sedap

Kalamhati said...

lama tak makan jantung pisang..hhuhu terliur

Chekgu Azrine said...

boleh cuba nanti.. tq

Izan Ishak said...

dah lama tak makan jantung pisang...nmpak sedap ni kak...

ayu jamal said...

yang tang jantung oisang tu meleleh air lir..lama x makan jantung pisang.. hurmmm..

nak g pasar sat lagi nak beli jantung pisang, pastu nak buat kerabu..sedappp

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in